Asas-asas Ilmu Hadits: Persamaan Nama Di kalangan Perawi dan Kaedah Membezakan Mereka
Persamaan Nama Di kalangan Perawi dan Kaedah Membezakan Mereka
Adalah jelas kepada kita terdapat sebahagian di kalangan perawi mempunyai ciri-ciri kejujuran, dan tsiqah, manakala yang lain-lain memiliki sifat-sifat lemah, pembohong dan seumpamanya, dan yang lain-lain tidak dapat dipastikan kedudukannya. Dan juga terdapat di kalangan mereka tidak diketahui keadaan akhlak mereka. Justeru, di sini kita akan menerangkan bahawa terdapat di kalangan mereka memiliki nama yang sama atau nama timangan yang sama atau nama keluarga yang sama (misalnya Muhammad bin Qais, Muhammad bin Isma’il, Abu Basir dan Ibn Sannan dan lain-lain lagi). Dalam rantaian perawi-perawi, anda akan dapati lebih daripada seorang perawi mempunyai nama Muhammad bin Isma’il, dan begitu juga lebih daripada seorang perawi mempunyai nama Abu Basir dan lebih daripada seorang perawi mempunyai nama Ibn Sannan. Walau bagaimanapun membezakan di antara mereka amat penting supaya kita dapat mengetahui kedudukan di antara mereka sama ada tsiqah ataupun tidak supaya kita mengetahui di kalangan mereka orang-orang yang boleh dipercayai dan riwayat mereka dapat dipegang dan orang-orang yang tidak boleh dipercayai dan riwayat mereka ditolak.
Walau bagaimanapun, kita tidak akan menghadapi masalah ini jika semua perawi yang mempunyai nama yang sama adalah orang-orang yang tsiqah atau lemah atau tidak diketahui kedudukan mereka. Contoh-contoh Praktikal: Di sini kita akan menyatakan beberapa contoh nama-nama yang sama dan nama timangan yang sama di kalangan beberapa perawi dan kaedah untuk membezakan mereka:
Diriwayatkan dalam Majmaul Rijal oleh Baihaqi bahawa:(Abu Basir Yahya bin Abil Qasim, Abu Muhammad, Abu Basir Asadi Abdullah, Abu Muhammad, Abu Basir Muraadi, Laith bin Bakhtari, Abu Yahya. Dan adalah menjadi satu persamaan di kalangan mereka, sebagai contoh jika diriwayatkan daripada Sadiqain (Imam al-Sadiq dan al-Kadzim) atau salah seorang daripada mereka (AS).
Tetapi jika ia diriwayatkan daripada Imam Kadzim (AS), ia hanya bermaksud Yahya bin Abi Qasim[76].
“Ibn Sinan: Muhammad bin Abdullah dua putera Sinan bin Abdul-Rahman Hashimi, dan Muhammad bin Sinan bin Tarif Zahiri. Mereka berbeza dari segi kedudukan dan kelas [77]“.
Dan juga diriwayatkan dalam nota kaki Majma’ al-Rijal bahawa: Shahid Thani RA dalam kitabnya Dirayat Hadith wa Shara’tiha berkata: “Sebarang Hadith yang disandarkan kepada Abu Ja’far yang mempunyai Muhammad bin Qais sebagai perawi tidak diterima kerana kaitannya dengan orang yang tsiqah dan tidak tsiqah.”
Kita tidak mampu membezakan antara mereka melalui seorang perawi, kerana Aasim bin Hamid, Yusuf bin Aqeel dan lain-lain meriwayatkan daripada seorang yang tsiqah tetapi Yahya bin Zakariyyah meriwayatkan hadith daripada seorang yang lemah. Hal ini adalah sangat jelas.[78]
Dan kita sepatutnya tahu bahawa Abu Basir adalah nama timangan kepada tiga perawi misalnya Ibn Sinan juga merupakan nama timangan kepada tiga perawi iaitu Abdullah bin Sinan Hashimi, Muhammad bin Sinan Hashimi dan Muhammad bin Sinan Zahiri.
Kajian Ilm al-Rijal menunjukkan bahawa Muhammad bin Sinan Hashimi adalah perawi yang lemah, riwayatnya tidak diterima. Muhammad bin Sinan Zahiri, juga seorang perawi yang lemah. Oleh yang demikian jika nama Ibn Sinan wujud dalam satu riwayat maka adalah menjadi tanggungjawab kepada pembaca Hadith tersebut untuk menentukan siapakah sebenarnya perawi itu. Jika didapati perawi tersebut adalah Abdullah bin Sinan, maka Hadith tersebut hendaklah diterima.
Tetapi jika didapati dia adalah Muhammad bin Sinan Hashimi atau Muhammad bin Sinan Zahiri, maka Hadith tersebut hendaklah digugurkan dan menolaknya.
Tetapi jika dia tidak dapat membezakan peribadi tersebut, maka menjadi tanggungjawab ke atasnya menolak Hadith tersebut kerana tidak dapat menentukan sama ada perawi seorang yang tsiqah atau tidak.
Maka inilah perkara yang dilakukan terhadap sesuatu Hadith di mana ia adalah sesuatu yang agak sukar menentukan perbezaan tersebut.
Kaedah Menentukan Perbezaan Yang Wujud Dalam Persamaan Nama Di kalangan Perawi
Daripada penjelasan di atas, dapatlah kita memahami bahawa ulama yang mengambil berat tentang kajian Hadith untuk mengenalpasti identiti perawi-perawi yang mempunyai nama atau nama timangan yang sama bergantung kepada beberapa perkara. Perkara yang paling penting adalah mengenalpasti jangkamasa seorang perawi itu hidup, kerana jangkamasa seorang perawi hidup akan dapat mengenalpasti keadaan seorang perawi sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kes Ibn Sinan.
Sebagaimana dalam kes Muhammad bin Qais, yang juga merupakan nama-nama yang biasa di antara beberapa perawi, kerana bin Qais yang disebut dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Asim bin Hamid dan Yusuf bin Aqeel adalah perawi yang tsiqah, kerana kedua-dua perawi ini tidak meriwayatkan Hadith daripada seseorang melainkan orang itu adalah tsiqah.
Sewajarnya kita mengetahui bahawa jangka masa hidup seorang perawi yang menyampaikan Hadith dan perawi yang dikaitkan dengan Hadith tersebut daripada nama yang sama tidak semestinya dua orang yang berbeza atau beberapa perawi yang memiliki nama yang sama. Kerana kemungkinan juga seorang perawi meriwayatkan Hadith daripada mereka atau beberapa perawi yang sama meriwayatkan hadith daripada mereka. Oleh yang demikian kita memerlukan petunjuk lain bagi membezakan mereka.

Alhamdulillah..sedikit sebanyak membantu dalam pemahaman pelajar-pelajar hadis
Alhamdulillah